Hai...Saya kembali dengan kiriman yang bertajuk permainan tradisional melayu dengan itu saya akan menerangkan seberapa banyak permainan tradisional melayu yang saya mampu. Permainan tradisional melayu ada bermacam-macam jenisnya seperti congkak,capteh,sepaktakraw,batu seremban,gasing,guli,teng-teng,layang-layang(wau) dan banyak lagi.
Lihat gambar di atas itu, saya tahu mesti awak tahu apa itu..... Itu adalah
GASING ia adalah permainan tradisional melayu. Permainan ini amat diminati kaum melayu pada zaman dahulu. Di perkampungan, pertandingan gasing diadakan semasa musim permatangan padi kerana orang-orang kampung percaya bahawa gasing boleh membantu membawa hasil petanian yang baik. Gasing diperbuat dari kayu atau buah keras ia selalu sama-sama dengan tali yang dibalut di paku di bawah gasing tersebut, ia juga ada bermacam-macam jenis dan saiz.
cara bermainnya senang, pertama kita harus membuat bulatan ,permainan akan bermula dengan mencampak gasing dalam lingkaran bulatan itu. Sesiapa yang gasingnya berpusing paling lama dan tidak keluar dalam lingkaran bulatan itu akan menjadi pemenang dan seterusnya saya akan menerangkan tentang......
Itu adalah
Congkak bukan cerita seram 'congkak' arahan Ahmad Idham itu tetapi congkak yang salah satu daripada permainan tradisional melayu yang menggunakan papan kayu dan ia terdapat 14 lubang kecil dan 2 lubang besar di penghujung congkak itu. Rupanya-rupanya permainan ini telah wujud sejak zaman kesultanan melayu Melaka lagi. Ia diperbuat dari batang pokok yang diukir. Lubang-lubang itu dipanggil kampung dan dua lubang besar dipanggil rumah. Jumlah lubang kampung biasanya dalam nombor ganjil seperti lima,tujuh atau sembilan.
Cara bermain:) ia dimain dengan menggunakkan biji guli ataupun biji getah. cara untuk bermain dua pemain akan bergerak secara serentak. Jika salah seorang pemain mencapai lubang tanpa sembarang biji di kampung sendiri pemain itu harus berhenti tetapi pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengannya, dengan mengaut kesemua buah di dalam kampung. apabila permainan itu tamat sesiapa yang rumahnya mengandungi biji buah yang paling banyak menang.
Lihat.. Ini adalah
Capteh, permainan ini juga dikenali sebagai sepak bulu ayam. Permainan ini biasanya dimain oleh kaum lelaki. Ia diperbuat oleh bulu ayam,paku dan kepingan getah yang berbentuk bulat.
cara untuk bermain:) Pemain harus menimbang capteh itu dengan menggunakan tepi tumit kaki sahaja atau juga dengan lutut. Jika capteh itu terjatuh ke tanah permainan itu akan tamat bagi pemain yang menjatuhkan capteh itu. Permainan ini boleh dimain seorangan ataupun berkumpulan.