Saya kembali lagi.....Kali ini pula saya akan menerangkan tentang alat muzik melayu.Ada bermacam-macam jenis alat muzik melayu seperti gong,gambus,angklung,kompang dan bermacam-macam lagi. Kita juga mempunyai muzik melayu tersendiri seperti dondang sayang,zapin,asli,keroncong dan bermacam-macam lagi.Lihat gambar ini..
Itu adalah gambus.Tidak selalu kita dapat lihat gambus ini melainkan pada konsert melayu atau mungkin di majlis perkahwinan. Gambus ini adalah seperti gitar ia mempunyai 6 tali dan tetapi yang membuat ia tidak sama ialah ia membengkak di bahagian badannya hampir separuh bulat.Ia sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu tradisional melayu. Cara untuk bermainnya sama seperti memetik gitar cuma bunyinya sahaja yang lain daripada gitar.Dan seterusnya saya akan menerangkan tentang....jeng jeng jeng ia adalah
SERUNAI.Ia sama seperti seruling tetapi lain sedikit karana ia diperbuat oleh kayu. Ia mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Ia dibunyi dengan ditiup di pelidah di serunai itu. Serunai sering dimainkan bersama wayang kulit.
Selepas menerangkan sedikit sebanyak tentang alat muzik melayu tradisional sekarang saya akan menerangkan tentang muzik melayu dondang sayang.Ini adalah satu lagu yang saya ambil dari YouTube ia adalah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Sharifah Aini penyanyi veteran melayu.
Dondang sayang ini ialah sejenis balada cinta melayu tradisional yang mana penyanyi akan bertukar pantun secara selamba dalam gaya riang.Nyanyian ini selalunya diiringi muzik.Ia juga dipercayai berasal dari Melaka,Malaysia.