title : ..Hari Raya...

'Berlalu lah sudah ramadhan sebulan berpuasa'....Kenal lagu itu????Itu lagu raya lah yang dinyanyikan oleh anuar zain dan elina...Yay bulan puasa pun sudah dekat itu juga bermakna hari raya akan tiba juga....Saya akan ceritakan tentang hari raya yang disambut umat islam di seluruh dunia.Hari raya disambut setelah sebulan berpuasa dan pada 1 syawal kalender islam.Semasa bulan puasa umat islam harus menahan lapar dari terbitnya matahari sehingga matahari terbenam,kita juga bukan sahaja berpuasa dari segi makan dan miniman, kita juga harus berpuasa daripada perkara yang tidak baik seperti menipu,bergaduh atau dari berkata buruk tentang orang dan lain-lain.Daripada berpuasa kita juga harus bersabar. Bulan puasa juga umat islam harus sembahyang terawih dan di Singapura sembahyang terawih selalunya di tempat-tempat seperti di dewan serba guna, ataupun di rumah.Umat islam juga harus membayar zakat fitrah...HARI RAYA, hari yang mulia...Saya sangat suka hari raya kerana dapat $$$..Semasa pagi raya, semua umat islam lelaki akan ke masjid atau di dewan serba guna untuk sembahyang hari raya dan sebelum keluar rumah untuk berhari raya kita akan bermaafan sesama keluarga atas dosa yang kita telah lalukan. Semasa hari raya kita akan dapat melihat 'langsir bergerak' iaitu sekumpulan keluarga ataupun kawan-kawan memakai warna baju yang sama. Di bulan itu juga Singapura menjadi warna-warni dengan baju raya yang penuh dengan warna itu...

Ini gambar raya tahun lepas...
Sampai disini sahaja....