posted : Sunday, July 25, 2010
title : Baju Baju Baju....LELONG
Apa khabar orang kampung!!!! Kali ini saya akan menereangkan tentang busana melayu ataupun baju-baju tradisional melayu...Ada bermacam-macam jenis baju melayu..Kebanyakanya dipakai semasa hari raya ataupun pada masa-masa yang tertentu itu di Singapura tetapi di Malaysia ramai masih lagi memakai baju-baju tradisional di mana-mana sahaja. Baju Melayu adalah baju yang dipakai oleh kaum lelaki ia mempunyai dua jenis iaitu baju melayu cekak musang dan baju melayu telok belanga...Ini gambarnya  Perbezaan antara baju melayu ialah baju melayu cekak musang ada colar dan baju melayu telok belangah tidak ada colar.Selalunya baju melayu ini dipakai dengan samping ataupun dengan seluar panjang. Sekarang saya ingin menerangkan tentang baju kaum perempuan pula.Baju kurung dipakai oleh kaum perempuan perbezaan antara baju kurung lelaki dangan perempuan ialah baju kurung perempuan mempunyai satu ocek dan lelaki mempunyai tiga kocek dan ada juga baju kebaya juga dipakai oleh kaum melayu.Ia selalu dipakai dengan kain batik dan kain sutera dangan sulaman yang berwarna-warni..Ini gambarnya.... sampai disini sahaja..=)
|